Pameran Nadi Sempena Karnival Gema Komuniti Madani 2025
15 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniFIESTA GEMA MADANI : KARNIVAL INSPIRASI GENERASI anjuran Mahasiswa BA270 Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) Semester 2, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dengan kerjasama SK Paya Jakas, Jementah dan NADI Paya Jakas Jementah.
Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan Adalah Jualan Rahmah, Food Truck Dan Vendor Makanan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Mini Zoo Walter Farm, Pameran Agensi Swasta Dan Kerajaan Oleh: Proton, Honda, Bank Rakyat, Bsn, Asnb, NADI, Jkid.
Pertandingan ini bertujuan menggalakkan kreativiti, meningkatkan keyakinan anak-anak dan memeriahkan lagi suasana kampung dengan aktiviti bermanfaat.
NADI Paya Jakas juga membantu dari segi menyediakan ruang yang selesa untuk pemain-pemain Mobile Legends Bang Bang yang disertai sebanyak 21 kumpulan yang berentap hingga perlawanan yang terakhir. Pemenang dijanjikan hadiah lumayan iaitu
Juara: RM400 + Medal
Naib Juara: RM300 + Medal
Tempat Ketiga: RM200 + Medal
MVP Terbaik: RM100 + Trofi
Tempat ke-4 hingga ke-8: Medal + Hamper
Manakala di SK Paya Jakas, NADI telah membuka 1 booth pameran bertujuan untuk memperkenalkan lagi NADI kepada penduduk setempat dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di NADI.
Aktiviti ini berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: